Tuesday, December 1, 2015

LARANGAN BERPURDAH SATU BENTUK PELANGGARAN HAK ASASI WANITA ISLAM



Dengan memantau kes-kes yang telah diputuskan 

dimahkamah Malaysia, kita dapat mengkaji pendekatan

 kehakiman terhadap imbangan antara hak ramai dan hak 

individu.


Sebagai contoh kita dapat lihat dalam kes Hajjah Halimatussadiah, http://arifomar.blogspot.my/2009/11/malaysia-law-journal-kes-purdah.html
mahkamah memutuskan hak seorang kakitangan awam untuk memakai purdah adalah tertakhluk kepada perintah perkhidmatan awam. Dengan ini, hak ramai mengatasi hak individu seorang untuk memilih cara berpakaian demi alasan untuk mengekalkan disiplin di perkhidmatan awam. Menurut keputusan kes Hajjah Halimatussadiah, adalah jelas terdapat kecenderungan untuk memberi tempat yang lebih utama kepada hak ramai daripada hak individu.


selain itu juga, pelbagai kes lagi tentang larangan berpurdah bagi kaum wanita 

antaranya: 




























ADAKAH INI ADIL BAGI KAUM WANITA 


YANG BERPURDAH???


jom layan video ni.










APA ITU HAK ASASI

السلا م عليكم ورحمة الله وبركاته



Apakah itu hak asasi???

Hak Asasi Manusia adalah asas kepada kewujudan manusia dan kewujudan bersama manusia .Hak Asasi Manusia bersifat sejagat tidak boleh dibahagikan dan saling bergantungan . Hak asasilah yang menjadikan kita manusia dan menurut Kamus Dewan hak asasi ialah hak yang dasar atau pokok seperti hak bebas mengeluarkan pendapat, menganut sesuatu agama, bergerak dan lain-lain. Contoh yang diberi itu sebenarnya hanya merujuk kepada makna tradisi hak asasi manusia. Dengan perkembangan zaman, makna hak asasi harus diberi tafsiran yang lebih luas. 

2.1 PENAFSIRAN MODEN

Terdapat tiga dokumen penting berkenaan Hak Asasi Manusia iaitu Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948, Kovenan Antarabangsa Hak-hak Sivil and Politik 1966 dan Kovenan Antarabangsa Hak-hak Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan 1966. Dalam kedua-dua kovenan antarabangsa tersebut, hak asasi manusia tidak terbatas kepada hak-hak berikut:

(1) Hak kebebasan bercakap, kebebasan beragama, kebebasan berkumpul dan menubuhkan persatuan, kebebasan daripada penderaan dan kesaksamaan di bawah undang-undang adalah hak sivil dan berpolitik
(2) Hak kepada pendidikan, pekerjaan dan rekreasi, hak menikmati perkhidmatan yang minimum berkenaan kesihatan, tempat tinggal serta persekitaran yang selamat adalah Hak sosial, kebudayaan dan ekonomi.
Konsep kontrak sosial menggariskan hubungan antara ahli-ahli masyarakat di mana setiap ahli melepaskan hak individu tertentu untuk mendapatkan keselamatan sosial yang bersifat kepentingan ramai. Pemikiran Rousseau ini telah menampakkan pengaruhnya dalam pemikiran hak asasi moden. Maka sepanjang pembentukan tamadun moden, imbangan antara hak individu dan hak ramai merupakan topik utama dalam perdebatan berkenaan hak asasi manusia.

2.2 Tafsiran Setiausaha Agung
Hak asasi manusia adalah asas kepada kewujudan manusia dan kewujudan bersama manusia. Hak asasi manusia bersifat sejagat, tidak boleh dibahagikan dan saling bergantung. Hak asasilah yang menjadikan kita manusia. Berteraskan prinsip hak asasi manusialah kita membina kesucian maruah manusia.

2.3 Perbezaan Model kognitif Dalam Konsep Hak Asasi Manusia
Hak asasi manusia mulai mendapat tempat di arena antarabangsa melalui Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948. Perisytiharan tersebut dipelopori oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang keahliannya terdiri daripada kebanyakan negara-negara merdeka di dunia.
Kumpulan lain juga menerima pakai piawaian hak asasi manusia. Komuniti Europah (European Community) misalnya telah mendeklarasikan Konvensyen Eropah mengenai Hak Asasi dan Kebebasan Asasi 1950 yang mempunyai kuasa mengikat dari segi undang-undang terhadap negara anggota Komuniti Eropah.

Sementara itu, Majlis Islam juga telah mengisytiharkan Perisytiharan Islam terhadap Hak Asasi Manusia yang berdasarkan al-Quran dan Sunnah. Perisytiharan ini lebih mementingkan semangat ummah yang membawa konsep komuniti. Setiap hak asasi manusia yang ditera dalam perisytiharan itu membawa bersama tanggungjawab tertentu. Dalam setiap hak asasi manusia yang tertera, semua pihak adalah tertakluk kepada batasan untuk memenuhi syarat moral, ketenteraman awam serta kebajikan ummah.

Saturday, November 21, 2015

My Biodata

Nama diberi mohamad solehhuddin bin shuid

Saya merupakan pelajar tahun 2 PJJ, UKM

Saya diberikan tugasan untuk membuat blog dan membincangkan tentang

isu-isu hak asasi manusia


Terorisme

Definisi Terorisme
Terorisme memiliki berbagai macam pengertian tergantung dari sudut pandang pihak yang mendefinisikan. Hingga saat ini, belum ada definisi yang jelas dan baku mengenai terorisme. Para scholar sendiri kesulitan dalam mendefinisikan terorisme. Liqueur (1999 dalam White, 2006) mengatakan bahwa terorisme sulit untuk didefinisikan karena pemaknaannya berubah sepanjang sejarah. Cooper (1978 dalam White, 2006) memberikan istilah kesulitan pendefinisian tersebut dengan “problem in the problem definition”. Menurutnya, terorisme sulit diartikan karena memiliki pengertian yang berbeda dalam waktu yang berbeda. Sama dengan Cooper, hanya saja Crenshaw (1995 dalam Payne, 2006) menambahkan variabel tempat yang berbeda sebagai pertimbangan sulitnya mendefinisikan terorisme. Bahkan, Schmid (1983 dalam White, 2006) mengatakan bahwa terorisme bukan sulit tapi justru tidak bisa didefinisikan karena itu adalah sebuah konsep, bukan obyek secara fisik.
Terorisme menurut Jenkins (1984 dalam White, 2006) adalah penggunaan kekuatan yang dirancang untuk membawa perubahan politik. Laqueur (1987 dalam White, 2006) mengatakan bahwa terorisme adalah penggunaan kekuatan yang tidak terlegitimasi untuk mencapai tujuan politik dengan menjadikan orang yang tidak bersalah sebagai target. Crenshaw (1995 dalam Payne, 2006) beranggapan bahwa terorisme adalah sebuah konstruksi sosial yang pada dasarnya berlabelkan politik. Pillar (dalam White, 2006) menyebutkan empat elemen terorisme yaitu kegiatan yang direncanakan, merupakan aktivitas politik, dengan target masyarakat sipil, dan dilakukan oleh kelompok subnasional. Terorisme juga bisa diartikan sebagai suatu tindakan represi terhadap Negara (Herman, 1983 dalam White, 2006). Pada dasarnya, definisi terorisme akan sangat bergantung kepada kepentingan dari kelompok yang mendefinisikan (White, 2006). Dan pihak yang memberikan definisi mengenai terorisme biasanya adalah bukan pihak yang netral (Crenshaw, 1995 dalam Payne, 2006).
Untuk membedakan terorisme dengan konflik yang lain adalah kita harus ingat bahwa terorisme merupakan kekerasan atau ancaman kekerasan. Terorisme merupakan sebuah kriminal, namun kriminal belum tentu termasuk terorisme. Bagi teroris, korban adalah kepentingan kedua. Kepentingan pertama adalah menciptakan drama untuk ditonton oleh target (Jenkins, 2004 dalam White, 2006).